Wednesday, July 3, 2019

SAMBUTAN HARI RAYA YTN 2019

Assalamualaikum, selamat sejahtera guyyss..
lama dah tak update , haih, nak buat macammane kan, jadi student uni ni ALWAYS BUSY(ececeh, saje je, tak busy pun)😜😜
so, in this post, i'll share about Sambutan Hari Raya Yayasan Tenaga Nasional? lambat ke? mane ada, raya kan sebulan..😂

so, 26 jun haritu, Yayasan Tenaga Nasional ada adakan jamuan raya for their scholars. Apa yang beruntungnya anak2 YTN ni, kita dijaga dan dilayan macam anak sendiri. Untuk keistimewaan2 YTN scholars lagi, aku akan share kan dalam post akan datang.

Jamuan tu bermula pukul 11 pagi. Tapi, standard akulah, pukul 12.30 baru siap😅 Bishelah nak makeup2 lagi, nak betulkan sampin.. Maklum lahhh takde wife nak tolong pakaikan🤧
Aku bukak permohonan utk jadi wife aku ni, ada 4 kekosongan.. Boleh contact aku utk dptkan borang permohonan eh 😘😘
HAHAHAHA.. Gurau je.. Jgn kecam🤭

Smpai je kat sana, aku tengok senior2 YTN ramai dah kat sane.. Aku yg 'paling junior' ni pulak yg lambat😅..
Basically, kitorg dtg bukn nak makan sgt pun..
Then buat ape? Ececeh buat2 tanye pulak, biasalah perangai datin2 aku ni.. Of course lah nak... BERGAMBARRR😂



Ni YTN scholars (foundation) 2019, malas ah nak cakap lebih².. But as you can see, kitorg semua handsome², cantik², comel² semuanya🤭
Tak ramai pun, only 25 of us.. 1 kelas je kitorg disumbat😅


From right : front row : farah, arif(me), piya, akashah
From right : back row : hadipops, syazran, HD, Damien, Lisa. 
These people make my life here more interesting and more exciting 🥰.. Diorg lah 8 manusia yg always by my side through thick and thin..
Without them.. Entahlah, aku tak boleh bayangkan lagi Uni life without diorg😭
MALEW APER BOOSHIKUEW aka BAWANGS ni lah member2 boek aku kat sini..
Lain kali aku ceritakan lebih lagi about them.. 😉

Tu je ke gambar? Lahai sisss, tanya soalan tu biarlah cerdik sikit.. Ni ArifFahmi lah.. Mane cukup setakat 2-3 gambar😂😅




Oh yaaa.. Before i forget, aku ada senior kat sini, dia pun ex MRSM AG..
Amin Asyraf or Amin..
Kenapa tak panggil Abang Amin? OMG, dah break rule seniorityyyy😱
Deyyy.. Ni uni lah, bukan kat maktab or SBP korg tu lagi.. Please lah move on🙄 kat Uni takde pun seniority..
So.. My advice to FORM 2,FORM 3, yg acah nak FORM 1 panggil kau 'Abang' tu, sedarlah2 diri tu🙄.. HAHAHA.. GURAUU.. JGN MARAH YEE😝
Baju biru gelap tepi aku tu Amin.. And yg antara aku and Syazran tu Haizreel, kawan Amin, dia srs baik🤧


Ouh yaaa.. This beautiful young lady, Aina, dia ex-MRSM, and I met her during Debat MRSM se-malaysia..

Time ni lah aku start tanamkan tekad utk tak panggil senior 'abg' or 'akk'..
Aina mintak tolong aku amikkan gambar, so aku pun tolong ah.. Tapi suddenly her phone tertutup..
Aku pun cemas ah kan.. And i was like..

"akak, akak, akak, akak, akak.. Phone akak tertutup".. Korang bayangkan lah muka cemas tahap gelabah cipan nak beranak aku tu😅

N time tu, all of her friends pandang aku.. N they said..
" akak? Ewww.. Gile MRSM and SBP style😂 kat sini guna kau aku je, kalau rasa tak beradap, guna I-You or guna Nama je"


Oklah, that's all for this post, aku malas actually nak update ni.. Baru je kebah demam.. Ni pun hidung tengah sok sek sok sek lagi😣



Saturday, June 1, 2019

HOLY MOLY DAY - KELANTAN KITA😃

Assalamualaikum guys,

Semalam ada kawan aku cadangkan supaya aku kongsikan pengalaman aku bercuti di Kelantan besrta anggaran budget ke sana..
HAHAHAHA, honestly lah kan, aku dah lupa dah berapa budget ke sana, tapi aku kongsikan jugak benda2 yg aku still ingt..
Sooo... Selamat Membaca😁

Mcm korg gak, kitorg pun suka merancang percutian 'gaya melayu' !
Apa tu merancang percutian 'gaya melayu'?
Senng je, rancg itu ini last2 semua 'MELAYU' tak boleh pergi.. HAHAHAHA 😂
Asalnya kitorg rancg ke Pulau Kapas, then ditukar ke Pulau Perhentian, Then, Pulau Tioman, lepastu entah mcmmane our final decision nak ke Kelantan😅
Tapi, betul jugak, nak bercuti bulan January dan February kat Pulau2 mmg xlepas. Most pulau di Pantai Timur ditutup because of the monsoon .
So, 1st tip before bercuti is, pilih tarikh dan lokasi yg sesuai😁..

KB MERAH HOMESTAY 😁

Rumah ni kalau ikutkan, sagt2 luas utk kitorg berlapan.
Ada 1 bilik utama yg besar gila, and 2 bilik lain.
Kalau ikut kan katil, 12 org boleh masuk dalam rumah tu😁


Ruang tamu luas gak kalau korg nak lepak2 minum pepsi smbil makn nugget and sausage ptg2.. Sebb kitorg malas nak keluar waktu petg, goreng sendiri lah nugget. Uncle ada sediakan dapur gas😊

And yang paling best, setiap bilik ada aircond  so korg tak perlu lah nak berebut bilik yg ada aircond, tandas pun bnyak😃


























So, sepanjang dekat Kota Bharu, kitorg stay dekat KB Merah Homestay.
Kebetulan, Homestay ni ayah kawan aku yang punya, so dapatlah jimat sikit😅
Kalau korg nak cuba negotiate harga, cubalah contact uncle ni😁
Uncle KB Merah Homestay 😃.
Kalau ikutkan 3 hari 2 malam kitorg duduk dekat situ, degn beraircond ape semua, sgt2 berbaloi ah.

Apa lagi keistimewaan KB Merah Homestay ni?
Homestay ni just few minutes away dari 7E and pasaraya(kat sinilah aku beli nugget  sausages and air 🤭) .
And homestay ni dekat je dgn pusat bandar..
Kalau nak kereta dalam 10 minit . Kalau jalan kaki.. Adalah 30-45 minit.. 2 kali je kitorg jalan ke bandar.  Lepas tu tobat tak nak dah.. Lenguh bhaii😭.. Hahaha..


HARI PERTAMA😁.

So, pagi tu kitorg baru smpai dari lokasi masing2, basically aku je dari Terengganu, yg lain semua naik flight dari KLIA.
So, sementara aku kebosanan menunggu yg lain(biasalah, bila 'Melayu' merancang.. Hahaha..😤), uncle bawaklah aku jalan tgk kawasan.
Mcm yg aku cakp tadi, ada 7E, pasaraya, kedai makan pun boleh tahan.


Dalam tengahhari tu, lepas kitorg rehat2, kitorg pun naik grab ke bandar. Murah je grab dalam rm7.. Bahagi 4 org.  Berapa ringgit je sorg kan 😅
So, kitorg pergi ke Pasar Besar Siti Khadijah. Actually kalau PBSK ni, nak HAVOC dtg pagi2, meriah degn makann tempatan yg sedap dan TENTUNYA MURAHHH!! Sesuai lah utk remaja2 yg nak save budget mcm kitorg ni😁

PASAR BESAR SITI KHADIJAH😃


Dekat ground floor, banyak barg2 basah, sayur segar2.
Keunikan PBSK ni, penjual2nya semuanya wanita.
Nak flirting? Fikir balik bro, baya2 mak2 kita je😅


Kat sini keropok keping banyak and agak murah..
See? Irfan memborong mcm nak bukak kedai..
Aku? Hahaha.. Aku duk ganu, bersepah keropok kat kawasan aku😂. 

Lepas je PBSK, kitorg berjalan kaki ke Masjid Jahar.
Kenapa aku cadangkan korg berjalan?
1. Jarak antara 1 tempat ke tempat lain dekat2 je
2. Kawasan tu agak sesak, so naik kereta sangkut ah kat situ😅
3. Banyak tempat2 yg korg boleh amik gambar dari tepi2 jalan tu. 😁


Sebelun tu, singgah solat di Masjid Al Muhammadi . Antara salah satu tarikan pelancongan di sana. Sambil solat sambil bergambar🤭

MASJID AL MUHAMMADI 😁



ISTANA JAHAR. 😁


Bergambar di depan Istana Jahar


Mcm nak runtuh tangga ni. Dah lah masing2 besar2 belaka😅
Tapi, kan cantik begitu. Ni idea ifan n qur😁

Saja lah nak amik gambar sikit2.  Nnt takde kenangan😅


Istana Jahar ni entry fee dia Rm 2 sorg. Oklah, cantik dalaman tu😁.
Our next location? Menara Jam Tambatan Diraja.
Panaih litlit time ni, rasa bahang je muka. Kalau takut sunburn, pakailah sunblock ye 😜

Dalam perjalanan tu, korg akan terserempak dgn Muzium Islam. Takde ape pun kut. .Setakat nak bergambar boleh lah😅


MENARA JAM TAMBATAN DIRAJA. 

Maybe ramai yg tak tau, tapi, korg boleh naik menara jam ni. Sorg rm2. Tapi kalau pandai nego, boleh je dpt murah, mcm aku, dapatlah half price 🤲😊.
Ni lah menara jam, tingginya nauzubillah, taubat tak nak naik dah😢

Dari atas tu, korg akan disajikan dgn pemandangan dataran merdeka yg sgt cantik. Kalau korg jenis gayat mcm aku ni.. Peganglah segala besi2 tembok kat situ😅😂

Mcm biasa, satu gambar sendiri.. Hik hik🤭
Menara ni tinggi jugak, tak silap aku dalam 4 tingkat degn tangga pusing2. Time naik tubaku confident ah.. Mcm berani gitew.. Time nak turun, 😨.

Ditakdirkan, rezeki Tuhan, masa kitorg turun tu, ada bot nak ke Kampung Laut. Bayaran boat Rm 1.50 je sorg. Tapi, standard harga murah, jgnlah korg expect naik Ferry Mewah pulak😅
Naik boat tu, azab nye telinga Ya Allah... 
"Gede, gede, gede, gede..... Mcm bunyi motor tok imam kat kmpung, tapi lagi kuat😅. 

Jeti dia pun bishe2 je, 😅

Gambar sebelum aku tidur😅😂

Mcmnilah semua kepasrahan, bunyi bising + boat yg bergerak penuh kesyahduan😅


Smpai kat sana, sekali lagi, rezeki Tuhan, sorg pak cik kat situ buat pertunjukan wayang kulit.
Lagi ekslusif? Kitorg berlapan je yg ada kat situ, tanpa sebarang bayaran dikenakan😍

KAMPUNG LAUT - WAYANG KULIT


Walaupun tempat ni bishe2, tapi Pak Cik ni BBB😎.
Banyak negara dia mengembara bawak seni wayang kulit ni. 

Sajalah main sikit2 degn patung tu.
Aku baru tau 'puppets' tu dibuat daripada kulit lembu yg dikeringkan.. Aku igt kertas or plastik😅😅




Balik..  Lepas seharian berjalan2, kitorg pun balik, mcm tadi, tambang boat rm 1.50 sorg.
Golden hour gitewww.. Hahaha😜

Ala2 titanic gitew.. Nasib baik tak tenggelam je😂

With pak cik boat.


Pintu Gerbang tambatan diraja ni betul2 kat sebelah menara jam. 


HARI KEDUA.

 Hari kedua kitorg di Kota Bharu ni, bnyak sikit belanja yg kitorg guna, especially utk pengangkutan😅

Awal2 pagi( takdelah awal pun, kul 7.30 gak baru bangun😅) , aku ngn shap start goreng nuggets and sausages utk bekal berkelah. 
Then, kitorg jalan kaki ke warung Kopitiam Kita, makan Roti Titab yg mmg sgt femes dalam kalangan penduduk tempatan.
Baru lah kitorg naik grab ke Jeram Linang.


Mcmni lah roti titab tu.. Aku igt nipis mcm roti gardenia biasa tu.. Aku order lah 2😅😅
Sekali yg smpai, tebal mcm 2 keping roti🤭


JERAM LINANG🏝️

Jeram Linang ni kawasan air terjun yg masih terjaga. Untuk smpai ke kawasan air terjun. Korg kena daki bukit yg sgt tinggi.. But jgn risau, diorg dah sediakan jalan utk pelancong😁

Dari bandar ke Jeram Linang adalah dalam 1 jam 30 minit. Tambang Grab? Fuhhh.. Rm 60-Rm 75 ah gak.
Tapi alhamdulillah, aku dpt sorg abg Grab yg sgt baik dan pemurah. Nama dia Abg luqman.
Kalau korg berminat boleh lah mintak tolong dia. Pandai2 lah deal harga ye.
Abg Luqman Grab Padu😎

Dekat Jeram Linang, susah nak dptkan Grab. So, aku deal ngn abg luqman untuk dia stay kat situ tunggu kitorg. Yg baiknya abg luqman ni, dia x letak extra charge pun untuk tunggu kitorg ni. Siap bagi discount lagi.  Tq bang😊


Lepas about half an hour of walking, climbing, jungle-trekking ape sume  kitorg pun sampai kat kawasan air terjun.
Time tu, segala kepenatan mendaki semua hilang.
Ada pacat kat kaki aku pun aku biarkan. (hohoho nampak beno nipunye.. Punyalah gelabah aku dibuatnya, nasib baik shap ada😅) .

Mcm ni lah diorg, time suruh bawak bekas nugget, semua ngelat . Time makannn.. Fuh, kalah piranha 😅
Nasib baik shap and coco volunteer nak bawkkan.. Tq 😘
Memang seronok mandi degn kawan2, but make sure jaga keselamatan masing. Especially dekat kawasan air terjun ni batu besar2😅





Lepas puas mandi tu, lama gak ah, adalah dalam 2 jam kitorg mandi kat situ. Tibe2 langit mendung. Kitorg pun cepat2 turun bukit tu..
Tapi tulah, mendung tak bererti hujan, smpai kat bawah, langit cerah balik ..
Kitorg apa lagi..sambung ah manddiii!! 😆😆😆
Balik tu, semua keletihan. Semua tidur mcm takde pedoman. Aku tak nak ah bagi abg luqman kepisyangan sorg2 driving, so aku teman lah dia borak2😂



PANTAI SENOK - RUMAH API & SUNSET

Petang tu, sekali lagi kitorg mintak tolong Abg Luqman hantarkan ke Pantai Senok. Tambang Grab dalam Rm 20 lah jugak.

Kenapa tak pergi Pantai Cahaya Bulan? Kan lagi dekat.
Aku mintak gak pandangn uncle pasal PCB ni, uncle kata view dia tak lawa, sebb dah bnyak sangt hakisan pada batu pemecah ombak. So..apah salahnya berbelanja sikit utk kepuasan kan? Bukn selalu dpt pengalaman ni😁
Kitorg smpai awal sikit, so bnyak lah masa nak bergambar.

Apa bestnya Pantai Senok ni? Pantai Senok ni digelar JeJu Island Malaysia oleh penduduk tempatan. Sebb ape? Because of the view kat situ sgt lawa.

Acah2 stylo ah giteww.. Geli sis tengok diri sendiri.. HAHAHAHA 😂

Ma bae, ifan zakwan

Ni my body guard, shap😎
Spec hitam yg aku pakai tu dia yg punya.. Hohoho 🤭




 Tibalah waktu yg kami nnt2 kan, SUNSETTTT😆


Amik gambar jgn lama2 sgt. Waktu maghrib tepi pantai.. Wuuuu seram 😂.


HARI KETIGA - BALIK😭

Malam tadi aku tanya uncle kat mne nak cari nasi kerabu sebb kawan2 aku tanya. Tibe2 pagi ni dia ketuk pintu..
Omggggg.. Uncle buat nasi kerabu delivery lah weyh😭dah lah uncle belanja.  Thank you so much uncle.. May Allah shower you with His blessings 😭..
Dapat jugak makn nasi kerabu last day.. Tq uncle😭😚

MY FRIENDS & I😁


This is me😁Ariffahmi 

Shap

Our vlogger,
QUR

Sheikh 

Irfan zakwan,
The only one yg sempat amik gambar
dengan menari api😅

Amir @ chick

Our penghibur suasana,
Coco @ syazu

Puge,
Acah sem always🙄




Oklah, aku rasa dah terlalu panjg aku type utk post kali ni. Semoga perkongsian aku ni sedikit sebnyak dapat memberi pengetahuan dan idea2 tentg lokasi2 menarik di Kelantan😁

Sebarang maklum balas atau pertanyaan bolehlah komen di ruangan bawah atau, 
Whatsapp sya personally .